Fail ini dikendalikan oleh Penilai Akademik atau Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
Hanya 3 langkah utama untuk menghasilkan analisis keseluruhan yang lengkap, pelbagai dan menarik.
Langkah 1: Sila ke helaian HOME PAGE
1.1 Dalam helaian HOME PAGE, klik butang LOCK/UNLOCK untuk menukar status fail kepada UNLOCK untuk membolehkan setiausaha memasukkan data dalam fail ini.
1.2 Penuhkan maklumat asas yang terdapat dalam helaian.
Langkah 2: Sila ke helaian SETTING
2.1 Dalam helaian SETTING, di Jadual A, masukkan nama guru kanan setiap subjek.
Langkah 3: Sila ke helaian EFORM KDT
3.1 Dalam helaian EFORM KDT, klik butang IMPORT EFORM GK dan ikut panduan yang dipaparkan pada pop-up menu untuk mengimport data daripada sesuatu fail EForm GK sehingga status berjaya dipaparkan.
3.2 Ulang langkah 3.1 sehingga semua fail EForm GK dalam suatu tingkatan selesai diimport.
3.3 Selepas semua data daripada fail EForm GK berjaya diimport, pengguna boleh mula menjana pelbagai output analisis dalam setiao helaian yang disediakan. Sila klik butang KEMASKINI yang disediakan di setiap helaian untuk mendapat analisis terkini.
Kini su peperiksaan tidak lagi perlu risau tentang proses membuat analisis dan seterusnya menyiapkan pelaporan setiap kali selepas peperiksaan.
Buatlah seberapa banyak ujian dalaman, kami su peperiksaan hanya perlu klik untuk jana analisis! :)
#klikjanakananalisis
#mudahanalisis
#senyumsupep
Kini su peperiksaan tidak lagi perlu risau tentang proses membuat analisis dan seterusnya menyiapkan pelaporan setiap kali selepas peperiksaan.
Buatlah seberapa banyak ujian dalaman, kami su peperiksaan hanya perlu klik untuk jana analisis! :)
#klikjanakananalisis
#mudahanalisis
#senyumsupep
No comments:
Post a Comment