Monday, September 26, 2016

Pengenalan


Pakej E-Form Setiausaha Peperiksaan Dalaman STAM atau singkatannya EForm SUPD STAM terdiri daripada 2 fail excel iaitu:

1. E-Form GK (STAM) untuk kegunaan Guru Kelas

2. E-Form PA (STAM) untuk kegunaan Penilai Akademik STAM.

Sama seperti konsep Pakej EForm yang lainnya, kedua-dua fail ini boleh diintegrasikan melalui kemudahan import yang disediakan untuk menghasilkan pelbagai analisa dengan maksimum dan mudah dikendalikan.

3 Langkah utama sahaja.


Hanya 3 langkah utama untuk memasukkan data ke dalam setiap fail yang seterusnya akan menjana pelbagai analisis.

Data markah calon akan dimasukkan oleh Guru Kelas ke dalam fail EForm GK (STAM). Setelah semua Guru Kelas dalam suatu tingkatan telah melengkapkan Fail EForm GK masing-masing, Penilai Akademik akan mengimport masuk secara auto ke fail EForm PA (STAM).

Output yang dijanakan adalah dalam bentuk:
1. Jadual Analisa Bilangan
Contoh: Jadual Analisa Bil NMC

2. Graf
Contoh: Graf GPMP

3. Senarai nama calon yang memenuhi kreteria-kreteria tertentu.
Contoh: Senarai Rumusan Individu

4. Sijil keputusan calon.
Contoh: Sijil keputusan calon

Output sedia untuk cetakan.

Hasil output disusun dengan kemas dalam setiap helaian supaya ianya boleh digunakan terus sebagai bahan pelaporan dalam sesuatu ujian dalaman. Pengguna tidak perlu lagi mengolah atau menganalisis semula untuk menjadikan dalam bentuk jadual, senarai nama calon atau graf kerana semuanya tersedia untuk dicetak dan dipersembahkan kepada pihak yang berkenaan.


Sistem Gred STAM dan Kreteria menentukan KDK/KDT


1. Sistem Penggredan
Sistem gred yang diprogramkan dalam pakej ini ialah seperti di bawah:


2. Kreteria menentukan KDK/KDT
Kreteria yang diprogramkan untuk menapis dan menentukan Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) adalah adalah mengikut keutamaan seperti berikut:

a) Status kelulusan keseluruhan (Pangkat) iaitu samada Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul atau Rasib. Status kelulusan ditentukan berdasarkan dua syarat untuk lulus (MU, JJ, J atau M) iaitu:
i) Peratus keseluruhan ialah sekurang-kurangnya 40% DAN
ii) Tiada gred Rasib dalam semua subjek yang diambil.

b) Gred Purata Calon (1.00 hingga 5.00)

c) Agreget Keseluruhan iaitu bilangan gred tertinggi akan lebih diutamakan.

d) Peratus Keseluruhan.

Keperluan Sistem Dan Had Penggunaan.


1. PC yang digunakan mesti mempunyai perisian MS Excel sekurang-kurangnya versi 2003 atau versi lebih tinggi dengan macro disetkan kepada mode ENABLE. Sila lihat cara untuk setting enable macro di link ini http://settingmacroexcel.blogspot.my

2. Jumlah kelas dalam suatu tingkatan maksima 5 kelas (boleh disetkan sehingga 15 kelas atas permintaan).

3. Jumlah subjek dalam 1 kelas maksima 10 subjek (boleh disetkan sehingga 15 subjek atas permintaan).

4. Jumlah calon dalam suatu kelas maksima 60 calon.

5. Jumlah keseluruhan calon dalam suatu tingkatan maksima 400 calon.

6. Fail dalam pakej ini dibina menggunakan MS Excel 2003 kerana mengambil kira mungkin masih ada pengguna MS Office 2003 di peringkat sekolah. Pengguna fleksibel menggunakan versi yang lebih tinggi namun dalam opsyen save as, fail perlu dikekalkan dalam format versi 97-2003 worksheet supaya semua fungsi vba kekal pada fail.

Panduan Penggunaan

Selain daripada apa yang terdapat dalam blog ini, panduan penggunaan lengkap juga disediakan dalam satu helaian khas pada setiap fail dalam pakej ini.

Pengguna juga boleh tinggalkan sebarang pertanyaan penggunaan melalui whatsapp ataupun telegram.

Pengguna Berdaftar

1. Pengguna berdaftar adalah pengguna yang menempah khas untuk sekolahnya. Hak milik adalah atas nama sekolah dan tidak dibenarkan mengubah sebarang maklumat sekolah yang telah ditetapkan.

2. Warga sekolah boleh menggunakan Pakej ini tanpa had seperti membuat salinan atau save dalam mana-mana PC. Tiada proses installation diperlukan kerana pakej ini ada fail ms excel sahaja tetapi telah diprogramkan dengan formula excel dan vba untuk membantu kerja-kerja analisis dan seterusnya menghasilkan output yang menarik dan relevan dengan keperluan semasa.

3. Logo dan maklumat lengkap sekolah akan dipaparkan sebagai letterhead dalam semua helaian output.

4. Pengguna berdaftar juga akan memperoleh secara percuma jika terdapat versi baharu dikeluarkan dari masa kesemasa.

5. Bagaimana menjadi pengguna berdaftar?

Cara 1:
Sila isi borang tempahan online yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Selepas borang diterima, penulis akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.

Cara 2:
Sila hantar maklumat berikut:
a) Logo sekolah yang jelas.
b) Nama, alamat lengkap, no. tel, no. faks, kod sekolah dan email sekolah.
samada melalui:
1. whatsapp/Telegram 013-5450160 atau
2. email: arivai@gmail.com

6. Ingin mencuba fail ini? Sila tinggalkan mesej nama dan nama sekolah melalui telegram.





No comments:

Post a Comment